Friday, January 21, 2011

Kenapa Susu Ibu?

Susu ibu mengeratkan kasih sayang.. Lihatlah renungan matanya...

Susu ibu boleh disimpan dan tahan selama 3 bulan!!!

Salam..
Saya seorang ibu,dan naluri seorang ibu selalunya mahukan yang terbaik untuk anaknya.. Saya bermula dengan kesilapan yang amat besar,saya sangkakan memberi susu formula kepada anak adalah perkara biasa, perkara lazim.. Saya lihat semua orang berlumba2 memberikan susu formula yang paling terbaik kepada anak mereka. Satu ketika dulu,saya juga begitu.. Disebabkan desakan kerja saya memilih susu formula,tanpa mengetahui bahawa di zaman moden ini terdapat banyak gadjet yang dapat membantu ibu memberikan susu ibu walau tanpa berada di sisinya..

Saya mula mengetahui tentang sejuta khasiat susu ibu melalui laman susuibu.com.. Terima kasih saya ucapkan!!! Bermula dari saat itu, saya berusaha untuk memberikan susu ibu kepada anak saya. Bermacam masalah saya tempuh, menyusukan anak bukanlah perkara yang mudah!! Hati sering resah memikirkan bekalan susu.. Tetapi bukankah kesusahan itu,ada kemanisan?? Terbukti anak yang minum susu ibu lebih cerdik, prihatin,penyayang dan mendengar kata ibunya.. Cubalah!! Malah aktif dan cerdas!!

Di sini saya titipkan kebaikan susu ibu..

  • mengandungi antibodi
  • Komposisi yang mencukupi dan suhu yang sesuai ( Tak perlu lagi nak test suhu susu)
  • Mengelak dari kekurangan zat,cirit-birit serta penyakit pernafasan
  • IQ yang tinggi
  • Kurang masalah pergigian
  • Mengurangkan masalah kencing manis, pneumonia dan jangkitan telinga.
  • Menggalak tumbesaran
  • Memudahkan penghadaman.
  • Mengecutkan rahim
  • Mengerat kasih sayang ( Mata anak akan merenung wajah ibu apabila didakap semasa menyusu ). Ini yang paling menyentuh hati. Nikmatilah ia..
  • Mudah dan tak perlu persediaan
Kongsi cerita:
Baru2 ni,ada kawan saya yang baru melahirkan anak.. Dia mengadu najis anaknya keras,kesian saya tengok, asyik menangis bila nak buang air besar. Dia beritahu saya dah bermacam susu dicuba hinggalah susu berasaskan soya. Saya hanya terkedu,tak tau  macam mana nak beritahu pada dia, susu ibu dapat selesaikan masalah dia.. =((

No comments:

Post a Comment