Monday, January 24, 2011

Bahaya Air Suam Dan Susu Formula..








Salam sahabat semua, sungguh selama ini,saya sendiri pun tidak mengetahui bahayanya pemberian air suam dan susu formula kepada bayi. Ini adalah di antara senarai keburukan dan bahaya susu formula.


  • Amalan memberikan air kepada bayi sebenarnya boleh mendedahkan bayi kepada pelbagai risiko termasuk merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa serta mengakibatkan sawan tarik.
  • Tumbesaran bayi yang diberikan air akan terencat kerana perutnya yang kecil, sepatutnya diisi dengan susu ibu yang kaya dengan pelbagai khasiat.
  • Air boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku pada pelbagai peringkat sama ada sumber air atau bekas yang tidak bersih. Ini akan mendedahkan bayi kepada cirit-birit.
  • Air akan menghakis salutan perlindungan penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.
  • Bayi yang menghidap jaundis, air yang terlalu banyak boleh merencatkan akal manakala bagi yang berusia di bawah lima minggu, air yang terlalu banyak akan mencairkan garam di dalam darah, yang akan mengakibatkan suhu badan rendah, kembung atau sawan tarik.
Manakala keburukan Susu Formula pula ialah :
  • Lebih kerap mendapat jangkitan batuk,selsema dan demam.
  • Kesihatan ibu terjejas - berisiko mendapat kanser payudara dan ovari.
  • Tidak membantu menjarakkan kehamilan.
  • Jika susu dicairkan, akan menyebabkan kekurangan zat makanan
  • Kurang membantu mengeratkan kasih sayang
  • Mudah tercemar
  • Kegemukan
  • Mudah mendapat cirit-birit.
P/S: Sahabat semua,pilihan terletak di tangan kita.. Anak yang masih kecil, tidak tahu meminta apatah lagi membuat pilihan.. Hanya menerima segala pemberian ibu dengan rela hati.. Berilah titisan kasih sayang itu dengan penuh ikhlas. Insyaallah hasilnya dapat kita lihat kelak, anak yang cerdik, mendengar kata,sihat dan cerdas.. Salam.. Lain kali saya akan kongsikan bagaimana hendak membuat perancangan awal untuk ibu bekerja yang hendak memerah susu..

No comments:

Post a Comment