Saturday, January 29, 2011

Breastmilk Solution

Autumnz - DOUBLE Zip Lock Breastmilk Storage Bag (25 bags) TWIN - Click Image to Close

Autumnz - DOUBLE Zip Lock Breastmilk Storage Bag (25 bags) TWIN

RM26


Autumnz - PP Milk Storage Bottle (8 pcs) + FREE GIFTS (BPA FREE) - Click Image to Close

Autumnz - PP Milk Storage Bottle (8 pcs) + FREE GIFTS (BPA FREE)

RM37

AUTUMNZ - Cooler Bag Complete Set - Click Image to Close

AUTUMNZ - Cooler Bag Complete Set

RM117

AUTUMNZ - Cooler Tote Complete Set - Click Image to Close

AUTUMNZ - Cooler Tote Complete Set

RM100

Wednesday, January 26, 2011

Simple Dimple Shield Bug Diaper Bag with Changing Mat

Simple Dimple Shield Bug Diaper Bag-Yellow Bee - Click Image to Close
Yellow Bee

Simple Dimple Shield Bug Diaper Bag-Labybird (Red) - Click Image to Close
Ladybird - Red

Simple Dimple Shield Bug Diaper Bag-Labybird (Green) - Click Image to Close
Ladybird - Green
RM69.90

Details  :
  • Large Compartments With Many Pockets
  • Sidewall Fully Padded & Insulated
  • Bright, Attractive & Stylish Hardcase For Added Protection
  • Bag Opens Up 45 Degree Angle For Easy Access
  • There Is A Special Stroller Strap Which Can Be Strap Onto Stroller
  • Comfortable & Adjustable Shoulder Straps
  • Multipurpose Changing Mat Included
  • Excellent Bag For Diaper, Baby Accessories, Sports, Biking, Schools & Etc
  • Water Resistance & Light Weight
  • Size  :  29L x 15W x 36H cm

Tuesday, January 25, 2011

Pemberitahuan!!

Stok Carter's bodysuit telah habis.. terima kasih kepada yang membeli..

Twirl Kaftan

Twirl Kaftan - Aqua - Click Image to Close
Aqua

Twirl Kaftan - Blue - Click Image to Close
Blue

Twirl Kaftan - Khaki - Click Image to Close
Khaki

Twirl Kaftan - Lilac - Click Image to Close
Lilac

Twirl Kaftan - Pink - Click Image to Close
Pink

  • RM45.90
  • Fabulous embroidery at the collar area.
  • Free Size

Monday, January 24, 2011

Bahaya Air Suam Dan Susu Formula..








Salam sahabat semua, sungguh selama ini,saya sendiri pun tidak mengetahui bahayanya pemberian air suam dan susu formula kepada bayi. Ini adalah di antara senarai keburukan dan bahaya susu formula.


  • Amalan memberikan air kepada bayi sebenarnya boleh mendedahkan bayi kepada pelbagai risiko termasuk merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa serta mengakibatkan sawan tarik.
  • Tumbesaran bayi yang diberikan air akan terencat kerana perutnya yang kecil, sepatutnya diisi dengan susu ibu yang kaya dengan pelbagai khasiat.
  • Air boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku pada pelbagai peringkat sama ada sumber air atau bekas yang tidak bersih. Ini akan mendedahkan bayi kepada cirit-birit.
  • Air akan menghakis salutan perlindungan penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.
  • Bayi yang menghidap jaundis, air yang terlalu banyak boleh merencatkan akal manakala bagi yang berusia di bawah lima minggu, air yang terlalu banyak akan mencairkan garam di dalam darah, yang akan mengakibatkan suhu badan rendah, kembung atau sawan tarik.
Manakala keburukan Susu Formula pula ialah :
  • Lebih kerap mendapat jangkitan batuk,selsema dan demam.
  • Kesihatan ibu terjejas - berisiko mendapat kanser payudara dan ovari.
  • Tidak membantu menjarakkan kehamilan.
  • Jika susu dicairkan, akan menyebabkan kekurangan zat makanan
  • Kurang membantu mengeratkan kasih sayang
  • Mudah tercemar
  • Kegemukan
  • Mudah mendapat cirit-birit.
P/S: Sahabat semua,pilihan terletak di tangan kita.. Anak yang masih kecil, tidak tahu meminta apatah lagi membuat pilihan.. Hanya menerima segala pemberian ibu dengan rela hati.. Berilah titisan kasih sayang itu dengan penuh ikhlas. Insyaallah hasilnya dapat kita lihat kelak, anak yang cerdik, mendengar kata,sihat dan cerdas.. Salam.. Lain kali saya akan kongsikan bagaimana hendak membuat perancangan awal untuk ibu bekerja yang hendak memerah susu..

Saturday, January 22, 2011

Friday, January 21, 2011

Kenapa Susu Ibu?

Susu ibu mengeratkan kasih sayang.. Lihatlah renungan matanya...

Susu ibu boleh disimpan dan tahan selama 3 bulan!!!

Salam..
Saya seorang ibu,dan naluri seorang ibu selalunya mahukan yang terbaik untuk anaknya.. Saya bermula dengan kesilapan yang amat besar,saya sangkakan memberi susu formula kepada anak adalah perkara biasa, perkara lazim.. Saya lihat semua orang berlumba2 memberikan susu formula yang paling terbaik kepada anak mereka. Satu ketika dulu,saya juga begitu.. Disebabkan desakan kerja saya memilih susu formula,tanpa mengetahui bahawa di zaman moden ini terdapat banyak gadjet yang dapat membantu ibu memberikan susu ibu walau tanpa berada di sisinya..

Saya mula mengetahui tentang sejuta khasiat susu ibu melalui laman susuibu.com.. Terima kasih saya ucapkan!!! Bermula dari saat itu, saya berusaha untuk memberikan susu ibu kepada anak saya. Bermacam masalah saya tempuh, menyusukan anak bukanlah perkara yang mudah!! Hati sering resah memikirkan bekalan susu.. Tetapi bukankah kesusahan itu,ada kemanisan?? Terbukti anak yang minum susu ibu lebih cerdik, prihatin,penyayang dan mendengar kata ibunya.. Cubalah!! Malah aktif dan cerdas!!

Di sini saya titipkan kebaikan susu ibu..

  • mengandungi antibodi
  • Komposisi yang mencukupi dan suhu yang sesuai ( Tak perlu lagi nak test suhu susu)
  • Mengelak dari kekurangan zat,cirit-birit serta penyakit pernafasan
  • IQ yang tinggi
  • Kurang masalah pergigian
  • Mengurangkan masalah kencing manis, pneumonia dan jangkitan telinga.
  • Menggalak tumbesaran
  • Memudahkan penghadaman.
  • Mengecutkan rahim
  • Mengerat kasih sayang ( Mata anak akan merenung wajah ibu apabila didakap semasa menyusu ). Ini yang paling menyentuh hati. Nikmatilah ia..
  • Mudah dan tak perlu persediaan
Kongsi cerita:
Baru2 ni,ada kawan saya yang baru melahirkan anak.. Dia mengadu najis anaknya keras,kesian saya tengok, asyik menangis bila nak buang air besar. Dia beritahu saya dah bermacam susu dicuba hinggalah susu berasaskan soya. Saya hanya terkedu,tak tau  macam mana nak beritahu pada dia, susu ibu dapat selesaikan masalah dia.. =((

Thursday, January 20, 2011

Medela - Harmony Breastpump Back to Work Package


RM410
Normal RM426.70

With this package, you will receive:
1 unit of Medela Harmony Manual Breast Pump with 2 Phase Expression worth RM269.00
1 Autumnz Cooler Bag (FREE Autumnz Air Dry Mesh Bag)** worth RM55.90
3 packs of Autumnz Reusable Ice Pack worth RM23.00
8 bottles of AutumnzPP Milk Storage Bottles (with FREE 2 bottles and 5 pcs Autumnz Double Ziplock Storage Bag) worth RM38.90
1 pc of Autumnz Nursing Bra** worth RM39.90
Dont Forget to inform your Bra size

Spectra 3 Breastpump Back to Work Package



RM500
Normal RM536.70



With this package, you will receive:
1 unit of Spectra 3 Breast Pump worth RM388.00
1 Autumnz Cooler Tote worth RM46.90
3 packs of Autumnz Reusable Ice Pack worth RM23.00
8 bottles of Autumnz PP Milk Storage Bottles (with FREE 2 bottles and 5 pcs Autumnz Double Ziplock Storage Bag) worth RM38.90
1 pc of Autumnz Nursing Bra** worth RM39.90
Dont forget to inform your Bra size.

Monday, January 17, 2011

Bumble Bee- Nursing Pillow

RM76.90


 Bumble Bee’s nursing pillow props baby up high on mummy's thighs to make breast-feeding a comfortable and pleasant experience. No more sore and stiff arms!
The soft polyester filling makes a cushion too for baby. Wraps around the waist for secure fit. Machine washable.
Daddies benefit too while bottle-feeding.
Bumble Bee "Nursing Pillow" in helpful u-shape 20cm thick cushion to wrap around mummy's tummy to support baby when breast-feeding. Cushion is 55cm wide in front. Also helps prop babies up in sitting position.

Sunday, January 16, 2011

Cecair Bernilai Emas- Kolostrum





Cecair yang dimaksudkan adalah kolostrum atau susu yang dihasilkan oleh seorang ibu pada lingkungan tiga hari pertama selepas kelahiran bayinya. Kolostrum merupakan cecair yang istimewa dan mempunyai pelbagai khasiat penting, khas untuk bayi yang masih lemah dan baru mengenal dunia ini. Ciptaan hebat dari Yang Maha Kuasa ini mempunyai beberapa kandungan tertentu yang amat berharga dan kandungan tersebut tidak terdapat pada susu matang, apatah lagi pada susu formula.
Apakah sifat -sifat cecair yang amat istimewa ini? Kolostrum ini sebenarnya amat kaya dengan antibodi. Terdapat juga banyak sel hidup di dalamnya sehingga digelar darah putih oleh sesetengah pakar kanak -kanak. Ia juga bersifat laksatif dan dapat memudahkan pembuangan air besar bayi. Ia juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor) dan ia amat kaya dengan vitamin A.
Apakah pula kepentingan kolostrum ini? Benarkah pandangan warga dahulu kala yang mengatakan kolostrum ini sebagai susu basi? Tidak sama sekali, malah pelbagai kajian telah dilakukan dan kesemua kajian ini bersetuju bahawa kolostrum dapat memberikan perlindungan maksimum kepada bayi dari sebarang jangkitan. Oleh kerana ia juga bersifat laksatif, ia dapat mempercepatkan proses pembuangan mekonium, yang merupakan di antara faktor utama terjadinya jaundis (demam kuning). Kolostrum yang mengandungi banyak Faktor Pertumbuhan ini juga dapat mematangkan usus dan seterusnya dapat mengurangkan risiko alergi. Ia turut dapat mengurangkan kesan penyakit dan kandungan vitamin A yang tinggi mampu mencegah penyakit mata pada bayi. Ini amat bersesuaian sekali dengan firman Allah yang bermaksud:

“Pada kejadian kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala binatang melata yang bertebaran, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah), bagi kaum yang meyakininya.(Al-Jathiyah: 4).
Begitu juga dengan firman Allah swt dalam surah az-Zariyat ayat 20 dan 21 yang bermaksud,
Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin. Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?”.
Di antara kandungan terpenting kolostrum adalah sejenis protein yang dinamakan Sekretori Immunoglobulin A (SIgA). Immunoglobulin adalah sejenis protein yang berfungsi sebagai antibodi di dalam badan manusia. Ia digunakan di dalam sistem pertahanan tubuh badan (sistem imuniti) untuk mengenalpasti dan meneutralkan objek asing seperti bakteria dan virus. SIgA adalah sejenis antibodi yang terdapat di dalam kolostrum dengan jumlah yang sangat tinggi. Kira-kira 80-90% daripada immunoglobulin di dalam kolostrum dan susu adalah terdiri daripada jenis SIgA. Kepekatannya boleh meningkat setinggi 12g/L di dalam kolostrum dan serendah 1g/L di dalam susu matang. Sebaliknya, disebabkan proses-proses yang perlu dilakukan ke atas, susu formula tiada langsung mengandungi SIgA.
Seorang bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif akan mendapat kira-kira 125mg/kg/hari SIgA pada umur sebulan, dan lebih kurang 75mg/kg/hari ketika berumur 4 bulan. Walaupun kepekatan SIgA di dalam kolostrum menurun dengan drastiknya dalam masa beberapa hari selepas kelahiran, tetapi dalam pada masa yang sama jumlah susu ibu turut meningkat dengan tingginya. Oleh itu jumlah total SIgA adalah hampir kekal sepertimana di awal kelahiran.
Manakala paras SIgA di dalam susu ibu yang melahirkan bayi pramatang adalah lebih tinggi berbanding dengan susu ibu yang melahirkan bayi matang. Bayi pramatang mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap penyakit-penyakit yang berbahaya seperti Necrotizing Enterocolitis (NEC), sepsis, meningitis dan jangkitan virus. Kandungan antimikrob seperti immunoglobulin yang tinggi di dalam susu pramatang akan membantu untuk melindungi bayi pramatang daripada penyakit- penyakit tersebut.
Para saintis sudah membuktikan bahawa antibodi jenis SIgA dapat melawan pelbagai jenis bakteria, terutamanya bakteria yang berasal dari sistem usus bayi. SIgA adalah sejenis antibodi yang stabil dan berdaya tahan terhadap enzim proteolitik (enzim pemecah protein) di dalam perut, berbanding dengan antibodi jenis lain. Ketika bayi sedang menyusu, antibodi yang terdapat di dalam susu ibu ini akan bergerak masuk ke dalam saluran perut dan usus. Di dalam perjalanan itu, ia akan bergabung dengan mikrob-mikrob yang terdapat pada membran mukosa (sejenis lapisan yang melapisi sistem usus). Dengan itu, ia dapat menghalang mikrob daripada melekat pada sel-sel usus. Proses pelekatan mikrob pada sel usus merupakan langkah pertama untuk berlakunya sebarang jangkitan kepada bayi. Dengan itu, SIgA berfungsi sebagai salah satu sistem pertahanan bayi yang utama untuk melawan jangkitan usus. Maha Suci Allah, ciptaanNya amat hebat dan tidak mampu disaingi oleh mana-mana ciptaan manusia. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Firman Allah yang bermaksud:
“Yang telah menciptakan (sekalian makhluk-Nya) serta menyempurnakan kejadiannya.” (Al-A’la : 2)
Kajian - kajian klinikal telah menunjukkan bahawa SIgA yang terdapat di dalam susu ibu mampu untuk melawan kuman seperti Vibrio cholerae (kuman untuk penyakit taun), enterotoksigenik E. coli, Campylobacter, Shigella dan Giardia lamblia. Kuman- kuman tersebut biasanya yang menyebabkan keracunan makanan pada manusia. SIgA mampu melindungi bayi daripada serangan cirit-birit yang disebabkan oleh kuman-kuman tersebut. Begitulah istimewanya SIgA yang hanya terdapat di dalam susu ibu.
Tidak dinafikan juga, susu ibu terutamanya kolostrum merupakan immunisasi pertama & terpenting bagi setiap bayi. Ketika bayi masih di dalam rahim ibu, dunia bayi adalah dunia yang selamat, bersih dan tidak tercemar oleh sebarang kuman mahupun jangkitan. Ini kerana rahim ibu memberikan perlindungan sepenuhnya kepada bayi yang masih lemah. Rahim ibu bolehlah dianggap sebagai kawasan vakum yang tidak boleh dilolos oleh sebarang kekotoran. Namun, sebaik sahaja bayi dilahirkan, dunia kecilnya yang selamat itu telah bertukar menjadi sebuah dunia yang amat luas dan penuh dengan pancaroba kuman dan jangkitan.
Allah swt itu Maha Kaya dan Maha Pencipta. Dicipta-Nya kolostrum (susu awal ibu) dengan hikmahnya yang tersendiri. Kolostrum merupakan sumber pertahanan yang terpenting bagi bayi yang baru lahir. Ia mengandungi antibodi dan sel-sel hidup yang mampu menyelamatkan bayi sebelum diberikan imunisasi formal (BCG, DPT, vaksin polio dan lain-lain). Inilah merupakan satu contoh sumber bukan nutrisi yang hanya terdapat di dalam susu ibu. Benarlah firman Allah swt yang bermaksud,
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)”. (surah at-tin: 4)
Fisiologi jumlah isipadu kolostrum
Jumlah total kolostrum pada 24 jam pertama selepas lahir adalah sedikit (dipetik dari Riordan, 2005), tetapi sebenarnya jumlah ini sudah mencukupi untuk bayi itu. Secara puratanya hanya 37 ml kolostrum dihasilkan dalam satu hari (24 jam), dengan julat dari 7 hingga 123 ml, bergantung kepada penghasilan pada seseorang ibu tersebut. Jumlah ini semakin bertambah secara beransur- ansur dalam 36 jam pertama dan ia akan bertambah secara mendadak dalam 49-96 jam berikutnya. Pada hari kelima, jumlah isipadu total akan mencapai 500 ml / sehari. Jumlah ini seterusnya semakin meningkat ke 750 ml / sehari dalam selang masa 3 hingga 5 bulan penyusuan secara eksklusif. Apabila bayi mencapai umur 6 bulan, purata pengambilan susu adalah 800 ml / sehari.
Berdasarkan jumlah kolostrum pada 3 hari pertama kelahiran, ramai ibu merasa risau dan berpendapat bahawa susunya tidak mencukupi untuk bayi itu. Tidak ramai yang mengetahui bahawa jumlah yang sedikit (37 ml) itulah sebenarnya yang hanya diperlukan oleh bayi. Itulah sejumlah yang kecil untuk keperluan dan saiz perut yang kecil. Sesungguhnya persoalan susu tidak cukup pada hari – hari pertama kelahiran adalah tidak wajar diutarakan. Jika ibu itu mengharapkan susunya mengalir mencurah-curah sehingga 500ml pada hari pertama, memanglah mustahil. Ini kerana bayi yang masih kecil itu tidak memerlukan jumlah susu yang banyak pada mulanya. Indah sungguh ciptaan Mu ya Allah. Kau jadikan sesuatu itu cukup berdasarkan keperluannya. Tidak lebih dan tidak kurang. Mengapa masih ramai yang ragu dengan ciptaan-Mu yang satu ini? Sedangkan Kau juga telah berfirman yang maksudnya:
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (surah Luqman: 14).
Maka yakinlah, jika seseorang ibu itu mampu mengandung dan melahirkan anaknya, maka mengapa pula dia tidak mampu menyusukan anak itu dengan susunya sendiri?
Antara tips-tips yang penting untuk memastikan bayi mendapat kolostrum dengan secukupnya pada hari-hari awal kelahiran adalah dengan meletakkan bayi kepada ibu dengan sentuhan kulit ke kulit sebaik sahaja bayi dilahirkan. Seterusnya, usahakan agar bayi dapat menyusu dengan baik dan melekap dengan betul di payudara. Ini penting agar proses stimulasi dapat berlaku dengan lancar di samping dapat mengeluarkan kolostrum dari payudara dengan efektif. Jika ibu tidak mahir, maka segera dapatkan bantuan dari doktor, bidan ataupun jururawat yang bertugas. Antara tips- tips lain yang tidak kurang pentingnya adalah, sentiasa susukan bayi pada bila-bila masa sahaja yang dia mahu. Biarkan bayi bersama ibu sepanjang masa (rooming in) dan elakkan dari bayi dibiarkan di bilik bayi atau nursery’ ketika berada di hospital. Rooming in amat penting agar ibu sentiasa memantau keadaan bayi dan segera menyusukannya bila bayi menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu. Ia juga penting untuk mengelakkan kes jangkitan silang (cross infection) yang mungkin berlaku kepada jika bayi ditinggalkan di bilik bayi. Susukan bayi dengan susu ibu sahaja dan elakkan pemberian air lain seperti air kosong, air teh, air glukos mahupun susu formula. Dengan itu, bayi akan mendapat kebaikan susu ibu sepenuhnya tanpa dicemari oleh alternatif lain.
Sewajarnya setiap ibu haruslah memberikan bayi mereka kolostrum yang sangat berkhasiat itu demi kesihatan dan pertumbuhan bayi yang tercinta. Sesungguhnya kasih ibu sentiasa padu dan salah satu caranya untuk membuktikan kasih itu adalah dengan memberikan nutrisi yang terbaik untuk anak -anak. Dan sesungguhnya, tiada nutrisi lain yang sebaik dan seistimewa susu ibu. Hapuskanlah kerisauan mengenai mitos-mitos yang menyelubungi kolostrum ini kerana sesungguhnya setiap ciptaan yang Allah jadikan itu adalah yang sebaiknya untuk umat manusia.



p/s: Perkongsian ilmu..

Pengumuman

Ladybug kini bekerjasama dengan Pohon Hijau Family Care dalam memasarkan barangan buatan Bumiputera yang Halal lagi Suci. Bersama kita memartabatkan barangan dan produk keluaran Muslim.. Moga usaha kita memilih produk yang Halal dalam kehidupan, membawa kita ke arah keberkatannya.. Amin...

Lawati : Facebook/Pohonhijau Family Care

Spectra 3 Breastpump


Spectra 3 Electric Breast Pump - Click Image to Close

RM338
Spectra 3 breast pump is lighter compared to Spectra 2 breast pump for the ease of traveling. Spectra 3 breast pump'slightweight feature make it easy to carry with the specially designed travel bag together with the cooler bag that allows mother to accommodate breast pump, accessories and milk in only one bag. Spectra 3 breast pump is also providing quiet operationcompared to other electric breast pumps thus Spectra 3 is minimizing the disturbance to mother who wish to express breast milk in office or while traveling.


Spectra 3 breast pump is having high suction power which result in shorter period of expressing breast milk and helps to draw out inverted nipples which is the common problem encountered by mothers. However, Spectra 3 breast pump is having lower suction power and suction cycle compared to Spectra 2 or Spectra 7 breast pump as its machine is designed smaller for the travel friendly feature.


Besides, with Spectra 3 breast pump’s automatic suck-and-release rhythm that simulates an infant’s suction rhythm, it leads to more natural expression of breast milk. Milk production can be maximized as spectra 3 breast pump provides adjustable suction power that accommodate to individual’s comfort level.


Furthermore, Spectra 3 breast pump is also convertible to double pumping by adding another breast shield set. Double pumping will help to maintain and enhance milk supply and reduce pumping time.


Finally, conversion kit is included to allow breast pump usage on either standard size or wide neck feeding bottles. With separable accessories (breast shield, tubing), it is easy to wash and sterilize.


This set consists of:

  • Spectra 3 breast pump
  • 1 Breast Shield Set
  • 1 Feeding Bottle
  • 1 Bottle Cap
  • 1 Teat
  • 1 Bottle Stand

Product Specifications: 



Suction strength: (mmHg) 0 ~ 270 (+/- 10%)
Suction cycle (Cycles/minute): Approx.35
Lifetime (hour): 1500
Dual pumping options: available
Suction settings: adjustable
Power source: Ac adapter
Electric: Yes
Weight(kg): Approx. 1.4kg
Warranty: 6 months

Autumnz Reusable Ice Pack

Autumnz - Reusable Ice Pack (3 pcs, 310g/pc) - Click Image to Close

RM23

Autumnz Reusable Ice Pack is specially designed to chill breastmilk for a longer period of time - a great solution for breastmilk storage when you are out and about

Features:
  • Safe, non-toxic, reusable, leak proof, durable
  • Generously sized at 310g per piece (i.e. much bigger than most standard ice pack in the market and compactly packed with generous amount of gel content) to enable longer preservation of cool temperature to keep breastmilk fresh
  • Great to be used with cooler bags, cooler box

BUYING TIPS:
 To help you get the right ice pack that will preserve cool temperature for a long period of time, consider the following:
  • Weight of gel content per ice pack
- The heavier, the better. For warm tropical climate, it is recommended to pick one with more than 300g of gel in each pack
  • Dimension of ice pack
- For the same total volume of gel, better to have them packed in bigger sized packs rather than smaller sized packs. E.g. for a total of 900g of gel, consider the following:
    • 3 packs of 300g each - MORE Effective
    • 5 packs of 180g each - LESS Effective

Directions:
  • Place ice pack flat in freezer for 8 hours prior to each use
  • When used in a cooler bag or cooler box, place the ice pack on top or side of items to be cooled
  • For optimum results, place 2 to 3 pcs of ice pack to keep breastmilk chilled at ideal temperature for a longer period.

Recommended Use:
  • To chill breastmilk
  • To chill food and drink (e.g. picnics at the park; long road trips)
  • To reduce injury swelling
  • Temporary relief of headache or fever

Warnings:
  • This item is for cool use only. Do not place in microwave oven or other heating elements
  • When used on children, adult supervision is required at all times
  • Keep away from children when not in use
  • Discontinue use and discard pack when punctured

Night Cream UNA Kosmetik


Kandungan : 100 ml
Harga : RM 25.00

Mengandungi ekstrak bunga ros yang bersifat astringen, tonik untuk kulit, menghilangkan kesan parut, mengurangkan kedut serta masalah kegatalan kulit.

Vitamin A di dalam "Pluchea Indica" dikenali sebagai vitamin untuk kulit, mengandungi asid amino, kalsium, fosforus dan besi. Bermanfaat untuk menghilangkan bau peluh, mencerahkan kulit serta membina sel-sel baru kulit.

Sewaktu tidur, tubuh akan membaik pulih diri sendiri. Pada ketika inilah krim malam yang sesuai digunakan untuk memberi kesan kulit yang lebih sihat dan lembut. 

Krim malam membantu keremajaan kulit dengan mengurangkan kedut dan garisan halus pada wajah.

Kulit kering dan tidak terjaga ada tendensi berlakunya kedut. Untuk memperolehi kulit yang sihat, set penjagaan kulit yang sesuai amat penting. 

Gunalah produk yang mengandungi rumusan yang aktif untuk membantu memelihara kelembapan, keanjalan serta menentang penuaan kulit.

Gunakan setiap malam seelok-eloknya sebelum tidur, terutamanya di kalangan wanita yang berumur 30 tahun dan ke atas.

Toner UNA Kosmetik


Kandungan : 100 ml 
Harga : RM 20.00


Toner formulasi kajian Prof Dr. Azizan Ismail juga dikenali sebagai penyegar atau astringen atau losen penanggal. Toner bertindak khusus untuk menanggalkan permukaan sel kulit, sisa pencuci (cleanser), serta minyak dari kulit.


Toner UNA Kosmetik diperbuat dari air mawar terpilih untuk : 

1. Memberi kesan kesegaran, 
2. Di samping memberikan kesan melembut, 
3. Mengurangkan kesan parut, kedut dan kegatalan serta 
4. Memberi kesan ketenangan (aromaterapi).

Facial Scrub UNA Kosmetik


Kandungani : 100 ml 
Harga : RM 25.00

Mengandungi lendir biji durian yang mempunyai kadar serapan yang tinggi dan kuat. la menyerap ke dalam pori-pori kulit dan berupaya menarik keluar kekotoran dan sel-sel mati sewaktu membilasnya.

Beras pulut mampu menyedut lebihan minyak di permukaan kulit muka dan melakukan cucian dengan lebih mendalam.

Facial Scrub boleh digunakan untuk:

(a) PEELING
1. Kulit kering ratakan ke seluruh wajah dan biarkan is kering. Kemudian baru dibuat "peeling".
2. Kulit kombinasi, biarkan Facial Scrub separuh kering baru dibuat "peeling".
3. Kulit bermasalah, lakukan "peeling" selepas meratakan Facial Scrub ke seluruh wajah. Ini adalah untuk mengelak kulit dari mengeluarkan minyak berlebihan sewaktu proses "peeling" dilakukan.
4. Kulit normal pilih mana-mana kaedah yang sesuai.

(b) STEAMING:
Sapukan Facial Scrub ke seluruh bahagian muka dan lakukan proses "steaming". Proses ini menyebabkan sel-sel mati menjadi lembut. Cuci dengan span khusus untuk menanggalkan sel-sel mati tersebut.

Cleanser UNA Kosmetik


Kandungani : 100 ml
Harga : RM 25.00

Rumusan berasaskan herba tempatan seperti daun sireh, mengkudu dan limau purut untuk menyeimbangkan pH kulit. 

Bertindak untuk keperluan istimewa pelbagai jenis kulit dengan cara menanggalkan sel-sel mati, membersih serta, melembabkan kulit.

Membantu dan berperanan :

1. Untuk membersihkan kulit dan pori-porinya, 
2. Membuang sisa kotor sambil menanggalkan bahan solekan dan debu yang terlekat pada kulit muka, tanpa mengganggu kelembapan asal kulit.

Monday, January 10, 2011

Konsentrasee

RM30.00
Konsentrasee
Kandungan : 30 tablets


Fungsi :

1. Memudahkan dan menambahkan tumpuan dalam pelajaran
2. Sesuai untuk kanak-kanak lasak, autisme, hiperaktif dan gangguan kurang tumpuan

Cara makan : 
1 biji malam sahaja
RM45.00
MatSa

MATSA merupakan rumusan pemakanan berasaskan sains homeopati yang berperanan merangsang aktiviti hemisfera kiri otak, terutamanya, yang terlibat dengan proses pemikiran Matematik dan Sains.

MATSA mengandungi ramuan dinamik Nux vomica, Calcarea ostearum dan Faktor S 200 (Mudah lupa fakta seperti nama dan tarikh, mudah kecewa dan putus asa)

Sesuai sangat dengan pelajar yang 
1. Bengkeng, 
2. Pelupa, 
3. Selalu silap istilah, 
4. Payah berfikir tentang timbangan, jarak, berat. 
5. Kurang tumpuan dan malas.
Faktor S 200: